Senin, 18 Mei 2026

Pertemuan Prabowo & Anwar Ibrahim, Momen Bertemunya 2 Sahabat dengan Karir Politik Penuh Perjuangan

HUBUNGAN akrab antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menunjukan dimensi baru dalam hubungan

Tayang:
Editor: Mega Nugraha
Tribunnews/Igman Ibrahim
KUNJINGAN ANWAR IBRAHIM - Presiden RI Prabowo Subianto memeluk Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang melakukan kunjungan resmi ke Indonesia, di Istana Negara, Jakarta, Jumat (27/6/2025). Prabowo menyebut Anwar Ibrahim tak hanya sahabat dirinya, tapi juga rakyat Indonesia. 

HUBUNGAN akrab antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menunjukan dimensi baru dalam hubungan diplomatik negara yang bertetangga. Lebih daripada sekadar lawatan rasmi atau kerjasama dua arah, keakraban ini dilihat sebagai simbol politik yang bersifat progresif dan manusiawi. Keduanya memberi inspirasi kepada anak muda yang selama ini skeptis terhadap dunia politik yang dilihat keras, penuh persaingan dan tidak membumi.

Sejarah mencatatkan bahawa kedua tokoh ini pernah melalui fasa-fasa getir dalam perjuangan politik masing-masing. Anwar Ibrahim dikenang sebagai tokoh reformasi Malaysia yang dipecat, dipenjara selama puluhan tahun sebelum bangkit semula dan akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Prabowo Subianto melalui perjalanan yang tidak mudah selepas tersingkir sebagai tentara di era reformasi Indonesia 1998, akhirnya menang dalam pilihan raya presiden 2024.

Perjalanan Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 menunjukkan betapa kuatnya ikatan antara beliau dan rakyat Indonesia. Semasa lawatan beliau ke Jakarta tidak lama selepas itu, Anwar diundang sebagai penceramah untuk beberapa program bertema “_Anwar Sahabat Sejati_”. Ini mencerminkan kesetiaan dan penghargaan rakyat Indonesia terhadap beliau serta memperlihatkan bahwa nilai persahabatan dan keadilan yang dibawanya resonan merentasi sempadan negara.

Baca juga: Akhirnya Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri Malaysia, Penantian 24 Tahun Pun Berakhir

Keduanya pernah dianggap sudah tamat karier namun hari ini mereka berdiri sebagai pemimpin utama dua negara. Sejarah pribadi mereka yang penuh luka dan perjuangan menjadikan naratif ini lebih hidup dan bermakna terutama kepada generasi muda yang mengimpikan politik yang jujur, terbuka dan tidak bersifat elitis. Kisah mereka menjadi pelajaran besar bahawa kesabaran dan konsistensi dalam memperjuangkan cita-cita tetap akan menemukan jalannya.

Dalam budaya politik Asia Tenggara yang kadangkala kaku dan terlalu bersifat protokol, keakraban yang ditampilkan antara Anwar Ibrahim dan Prabowo memberikan sentuhan kemanusiaan yang segar. Gambar-gambar mereka bersalaman erat, tertawa bersama memberi pesan pemimpin boleh bersajabat, tulus dan tidak terputus dengan denyut nadi rakyat.

Lebih menarik, gaya komunikasi mereka mampu menyentuh semua lapisan. Anwar dengan bahasa Melayu baku yang difahami rakyat Indonesia dan Prabowo dengan gaya media sosialnya yang disunting dengan nuansa estetik modern menjadikan mereka relevan di mata anak muda. Kedua tokoh ini dilihat berjaya menjambatani jurang generasi serta memecahkan tembok konservatif dalam politik.

Hubungan dua arah ini juga memberi pengaruh nyata terhadap dasar dan inisiatif bersama. Di bawah kepimpinan mereka, kerjasama strategik antara Indonesia dan Malaysia semakin kukuh dalam sektor ekonomi, keamanan makanan dan perlindungan pekerja migran. Kedekatan ini turut diwujudkan dalam kunjungan tidak resmi Prabowo ke Kuala Lumpur hanya untuk makan tengah hari bersama Anwar, suatu isyarat bahwa hubungan mereka bukan dibina atas protokol semata-mata tetapi atas rasa saling percaya yang tulus.

Kedua negara kini turut menyusun strategi jangka panjang melalui dasar-dasar baru. Di Indonesia, program makan gratis yang dilancarkan oleh Prabowo dilihat sebagai usaha besar memperkukuh jaminan sosial. Pembentukan Danantara yang disifatkan sebagai Temasek versi Indonesia memperlihatkan betapa seriusnya beliau merancang pertumbuhan ekonomi negara ke depn. Malaysia pula dengan pendekatan MADANI di bawah Anwar terus memberi penekanan kepada pengukuhan institusi dan keadilan sosial yang inklusif.

Dalam konteks hubungan dua negara, ini bukan pertama kali Malaysia dan Indonesia menyaksikan keakraban dua pemimpin besar. Sejarah turut mengingatkan kita kepada hubungan awal antara Tunku Abdul Rahman dan Presiden Soekarno yang pernah melalui fasa mesra dan idealistik pada awal kemerdekaan. 

Namun keakraban itu musnah akibat konfrontasi yang menegangkan suasana serantau. Kini hubungan Anwar dan Prabowo seolah-olah membuka semula pintu sejarah yang tertutup lama, memberi harapan baru bahwa diplomasi boleh hadir dengan nilai peribadi, saling percaya dan niat tulus dalam membina Asia Tenggara yang lebih stabil dan bersatu.

Baca juga: Fakta-fakta Pendaki Brasil Jatuh di Gunung Rinjani: Kendala Evakuasi hingga Akun Prabowo Diserang

Apa yang lebih penting, hubungan dua arah ini tidak terhenti di aras kepimpinan tertinggi semata-mata. Ia turut mengalir ke akar umbi melalui kerjasama aktif antara sayap pemuda seperti Angkatan Muda Keadilan AMK dari Malaysia dan Garda Pemuda NasDem GPND dari Indonesia. Komunikasi yang terjalin antara dua organisasi anak muda ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan, latihan bersama dan potensi projek kerjasama rentas sempadan.

Seorang pengurus GPND di Malaysia menyatakan bahwa jika anak muda hari ini sudah saling mengenal dan berjejaring, masa depan kerjasama Indonesia dan Malaysia akan menjadi lebih kukuh bukan saja di tingkat elit tetapi juga di lapangan masyarakat. Ucapan ini menyentuh inti sebenarnya diplomasi rakyat bahawa kekuatan serumpun itu dibina dari bawah, bukan semata-mata dari atas.

Bagi AMK, kerjasama dengan GPND ini adalah peluang untuk keluar dari zona nyaman dan menjadi suara anak muda Malaysia yang turut bergema di pentas serantau. Ia adalah ruang untuk menunjukkan bahwa anak muda Malaysia bukan sahaja kritikal terhadap isu dalam negara tetapi juga bersedia menjadi pemain aktif dalam diplomasi ASEAN yang berwajah muda, segar dan dinamik.

Lawatan Anwar ke Indonesia hari ini memperkukuh lagi mesej ini. Beliau dijangka akan bertemu Prabowo pada petang ini untuk sesi dialog dasar bersama, diikuti lawatan ke pusat latihan pemuda dan dialog bersama generasi muda Indonesia. Inisiatif-inisiatif ini menampakkan bahwa pendekatan serius untuk membina kerjasama bukan hanya di meja pertemuan resmi, tetapi juga melibatkan terus suara dan aspirasi anak muda kedua negara.

Kesimpulannya, Prabowo dan Anwar tidak sekadar memainkan peranan sebagai pemimpin negara tetapi muncul sebagai simbol kebangkitan semula, kepercayaan diri dan keakraban serumpun yang membawa harapan baharu kepada rakyat terutama anak muda. 

Sumber: Tribun Jabar
Halaman 1/2
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
KOMENTAR

Berita Terkini

© 2026 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved